aku sebagai manusia




Assalamualaikum ,

after 20 days , finally i'm here .
this time let me blogging in bahasa.

apa yang terjadi ?
apa yang berlaku ?
kenapa kau begitu kejam ?

manusia ,
engkau hanyalah seorag hamba di dunia ini .
engkau di lahirkan ke dunia untuk menyembah-Nya.
akan tetapi ,
kenapa engkau berperangai seperti itu ?
aku tahu ,
aku bukanlah sempurna ,
aku bukanlah baik sangat ,
aku bukanlah bijak sangat .

aku ,
tak mampu untuk menempuh manusia yang  talam dua muka .
tak mampu untuk menghadapi masalah demi masalah.
tak mampu untuk berduka lagi .
tetapi ,
aku cuma mahu satu ,
iaitu kebahagiaan dan ketenangan.

aku perlukan sokongan .
aku perlukan kekuatan .
aku tak mampu untuk menempuh dunia ini tanpa bimbingan .
aku tak boleh melangkah jauh tanpa ilmu pengetahuan .
dan ,
aku tak boleh menyelesaikan masalah aku kalau aku asyik berfikiran negatif .
aku tak boleh perbaiki diri aku kalau asyik menyimpan ego yang tinggi .

aku buntu .
aku rapuh .
aku sukar difahami .
aku kasar dan beremosi .
sebab aku hanyalah manusia biasa .
kenapa orang harus mempertikaikan semua itu ?
kenapa perlu mengkritik seseorang itu berdasarkan rupa parasnya sahaja?

dan ,
kenapa engkau perlu berubah hanya kerana dipijak oleh orang lain ?
kenapa tak bangkit dan hentam orang tersebut balik ?
kenapa perlu musnahkan persahabatan kalian semua ?
kerana EGO yang tinggi .
tidak dapat bezakan antara gurauan dan fakta .

oleh itu manusia ,
janganlah kau terlalu EGO .
janganlah kau terlalu mementingkan hati kau,
sehinggakan kau kehilangan rakan .
hidup ini penuh dengan cabaran .
jika kau bersendirian , kau tidak akan selamat tatkala kau jatuh ke dalam lombong

aku hanya menulis .
aku tidak tuju kepada sesiapa .
tetapi kalau terasa ,
maafkan aku kerana aku menulis berdasarkan apa yang aku perhatikan .
dan ,
pepetah ada kata 

" siapa makan cili , dialah yang merasa pedasnya "


[ 0 comments ]