like before ....



bad bad bad bad bad girl ...
aku kembali selepas bulan berganti bulan seterusnya .
kali ni aku nak "blogging" sebab dah lama lepas gian .
memandangkan lama tak menulis ..
jadi kali ni banyak benda aku nak habaq .

exam bulanan tak lama lagi , tapi aku macam endah tak endah .
gila kau , aku kena kerja kuat untuk exam kali ni .
target cikgu untuk aku terlalu tinggi .
tinggi tak tinggi kalau aku gagal , kau tau apa cikgu nak kasi ?
cikgu kata  ' kalau kamu gagal dalam peperiksaan kamu , "hadiah " yang banyak akan diberikan'
ko rasa ? aku tak sanggup nak terima hadiah cikgu tu.
okay cukup pasai exam .

sebenarnya kan ,
aku tak berapa nak paham dengan perangai sesetengah orang nieh .
kadang mai mood baik , baik macam malaikat .
tapi bila mai dia punya mood sebaliknya , kalau syaitan .
entahlah , aku tak berani 'judge' orang sebab ...
bila kita judge orang , satu ayat ja akan depa balas ,
" awat hang dah bagus sangat ka nak judge aku "
hello , tak semestinya hang kena perfect untuk tegur orang .
and to be truth , manusia tak ada seorang pun yang perfect .
sebab rata rata manusia , semuanya FAKE .

bukan maksud fake tu muka dia tak original .
maksud aku orang yang fake nie ,
well , hang tau bila hang ada kawan , depan baik nak mati tapi belakang hang dia tikam .
aku bukan nak tuju kat sapa sapa , aku cuma kata ja .
kalau terasa , digest elok-elok biar boleh jadi ingatan sampai bila bila .
berkawan nie kadang kadang kita kena perhati dia elok elok
adakah dia fake atau original ?
ingat kfc ja ada spicy /original ..

aku cukup berhati hati dalam mencari kawan .
sebab kalau kau salah pilih , dushhh!
terus kau kena pulau and kena bash .
aku tulis ni sebab aku pernah rasa perit kena pulau tu .
tapi manusia boleh diberikan peluang kedua .
peluang kedua , ada peluang untuk kau perbaiki semuanya .
kau kena reset balik to main point dalam ko berkawan.
kau delete segala perangai setan ko tu dan try untuk renew cara pergaulan kau .

dengan itu , kau akan jumpa kawan yang sebenar .
kadang kadang , orang yang ko rapat dan kenal kau yang akan pijak kepala kau dulu .
jadi , pandai pandai lah kita fikir guna otak kanan dan kiri untuk selesaikan masalah macam nie .
sebab bergaduh pada usia remaja ni macam budak budak tadika .
aku selalu beralah sebab aku tau kalau EGO VS EGO menangnya SYAITAN .

tak nak tulis panjang berjela ,
aku kalau dah menulis , panjang berjela .
so , apa aku nak kata just that " api tak leh balas api , sebab bila balas api dia kan makin kuat so kita balas dengan air . barulah api tu padam "
bye.

[ 0 comments ]