masalah






2015 , gonna end really soon.
aku masih lagi bersenang lenang.
masih tidak hiraukan apa yang akan jadi tahun hadapan.
aku main main lagi tidak serius .
tahun depan seolah olah aku tidak hadapi sebarang peperiksaan besar,
kerja sekolah yang diberi tidak aku siapkan lagi.
hayut dengan teknologi yang diberikan.
tidak sedar akan cabaran yang akan datang .

aku seperti pelajar yang tidak endah tentang pelajaran aku.
sedangkan aku ambik subjek yang memerlukan banyak penghafalan dan kekuatan mental.
masih, aku tidak mengulangkaji.
aku masih buntu .
aku ada satu masalah yang tidak pasti aku boleh selesaikan atau tidak.
aku seorang pengawas sekolah.
satu jawatan yang bukan semua orang boleh dapat ,
dan satu jawatan yang susah untuk dipikul kerana tanggungjawabnya yang sangat besar.
memandangkan tahun depan adalah tahun dimana aku akan menduduki spm .
aku bercadang untuk letak jawatan.
hal ini kerana, aku bukan sengaja hendak letak jawatan tetapi ,
setiap pengawas berbaju hijau ini harus stay di asrama.
ini yang menghalang aku .
memang banyak kebaikkan asrama but at one point ,
aku tidak boleh fokus dalam kelas kerana terlalu letih and sleepy.

aku bukan tak sayang jawatan aku .
aku dapat kepercayaan untuk jadi pengawas sejak aku di tingkatan dua lagi.
tak kan aku ingin melepaskan macam itu sahaja?
tapi ... asrama? hilang fokus ? mengantuk ? pencapaian aku ?
aku buntu . kenapa aku terikat dengan pelbagai benda.
sepanjang tahun ni , result aku naik turun naik turun.
kadangkala elok kadangkala teruk .
aku tidak sanggup nak biarkan mak ayah aku titiskan airmata mereka dengan result aku yang sebegitu.
memang aku dari sekolah yang bagus. kalau sebut sahaja orang kenal.
tapi aku xleh salahkan sekolah aku kena salahkan diri aku ....

aku boleh nak masuk asrama tapi aku tidak menghantar borangnya lagi.
bukan tak hantar borang pun tiada.
kerana niat aku memang tak nak masuk asrama.
pengalaman aku diasrama ada yang manis and yang pahit .
dan ada juga yang sakit sehingga kini.
but sepanjang aku kat asrama aku beljar banyak  benda.
aku belajar berjauhan dengan mak ayah, belajar berdikari , belajar buat kerja sendiri.
pagi sampai malam buat kerja tanpa penat lelah.
kena marah walaupun bukan salah kami.
stayup sampai lewat malam, study sama sama.
orang kata " pengalaman susah nak cari , but once you got it, forever gonna miss it"
jadi ....

haruskah aku teruskan sebagai "akak hijau" atau tamatkan tahun aku di situ dengan " akak putih " ?
[ 0 comments ]